Keluarga

Ibu Muda MninggaI Ketika BeIi Ubat Demam Anak Slps Dirempvh Pacuan 4 Roda

SUNGAI PETANI – Seorang jururawat mavt selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Sungai Batu-Merbok di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mngsa, Siti Asmah Abdul Latif, 41, dilaporkan mavt di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Difahamkan, mngsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli ubat untuk anaknya yang demam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, mngsa seorang jururawat di Klinik Kesihatan Merbok yang menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan dari arah Sungai Batu menghala Taman Lembah Bujang di Merbok.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu laju dari arah bertentangan masuk ke laluan mngsa secara tiba-tiba.

“Kenderaan pacuan empat roda tersebut kemudian merempuh motosikal ditunggang mngsa secara berhadapan sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas ke dalam tali air manakala motosikal mngsa rosak teruk,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal maut serta merta di lokasi kemalangan sementara pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk menerima rawatan.

“Mayat mngsa dibawa ke Forensik HSAH untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – K! ONLINE. Artikel Disiarkan pada 20 April 2021.

Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *