GOPENG: Kanak-kanak lelaki hiperaktif berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru di sini semalam, ditemukan Iemas dalam lombong berdekatan hari ini.
Mayat Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid ditemukan oleh anggota dari Balai Polis Gopeng dalam keadaan terapung pada pukul 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai pada jarak 80 meter dari rumah keluarganya.
“Mayat kanak-kanak itu dibawa naik ke tebing oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.
Pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.”
Kejadian ini trlah mengejutkan ramai sahabat handai, memandang adik Ayyad merupakan kanak-kanak yang sangat periang.
“Pengecaman telah dibuat oleh keluarga mangsa dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.
Kehilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari ibunya pada pukul 6.30 petang, semalam setelah didapati tiada di ruang tamu rumah.
Operasi mencari mangsa segera digerakkan dengan bantuan pihak bomba dengan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dan agensi lain.
Salam takziah dari kami buat ahli keluarga adik Muhammad Fayyad Ukasyah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghiina.
– UTUSAN