Hiburan

Lelaki ini Menaangis Bila Usahawan Terkenal Tanpa Rasa BersaIah CipIak Hasil Rekaan Tudung

Seorang pengasas tudung meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik usahawan wanita popular.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Yusfariq Iqmal menangis teresak-esak apabila mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya.

Namun mendakwa jenama berkenaan senang-lenang mempergunakan idea orang lain.

“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.

Yusfariq atau mesra dipanggil Abe Yus berkata, dia kagum sehingga menjadikan usahawan itu sebagai idola dalam mengejar kejayaan namun kini semuanya seolah-olah musnah sekelip mata.

“Jadi tahun ni founder tudung yang hobi dia ciplak idea peniagaan kecil ambik idea aku pulak which is #bawalmagnetic by thejasmine.hq which own, designed & invented by me.

“Tak payah sebut nama, korang mesti tau kan?,” tulisnya.

apabila mengetahui konsep dan idea

apabila mengetahui konsep dan idea

Meninjau ke ruangan komen sebuah posting di bawah jenama milik usahawan tersebut, warganet di laman Instagram mula mempersoalkan kredibiliti dan rekaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Siapa Usahawan tu? Sila Tonton Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Dah biasa buat memang macam tu..”

“Orang yang sama ke..”

“Nanti cakap lebih-lebih dia saman lak eh.. “

Siapa tak kecewa, penat perah otak tiba-tiba ada pihak lain hasilkan produk yang sama pulak?

Mungkin jenama terbabit boleh tampil memberikan penjelasan sebenar?

Sumber: TikTok @yusfariq , Twitter @Yusfariqq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *