Semasa

Mata Budak Prmpuan Terpaksa Dibedaah, Punca TerIampau Kerap Main HP, Mengejutkan Main Game Ini

Kedua-dua Mata Budak Perempuan Tak Berfungsi Secara Serentak Dan Terpaksa Dibedah, Punca Terlampau Kerap Main Handphone.

Ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet pada anak-anak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan terutamanya penglihatan.

Dalam kes terbaru di Thailand, Dachar Nuysticker Chuayduang berkongsi mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya berusia empat tahun.

Dia terpaksa menjalani pembedahan mata kerana terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit.

Menurut Dachar, anaknya sudah dibiasakan dengan telefon bimbit sejak usia dua tahun, sementara dia boleh fokus melakukan pekerjaannya.

 

Namun, mata kanak-kanak itu mula mengalami masalah yang menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata.

Selain itu, dia juga mengalami perubahan di mana dia tidak dapat duduk diam atau fokus jika tiada telefon bimbit di tangannya.

Kerap bermain hp sampai mata terpaksa

Doktor berkata, penglihatan kanak-kanak itu terjejas atau mengalami simptom lazy eyes di mana matanya tidak berfungsi secara serentak.

Kerap bermain hp sampai mata terpaksa

Selepas menjalani pembedahan, akhirnya penglihatan kanak-kanak berkenaan pulih.

Tetapi doktor tidak membenarkan dia menggunakan sebarang gajet termasuk menonton televisyen.

Ini kerana pencahayaan dari peranti itu boleh menyebabkan dia hilang penglihatan dan terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi.

Kepada ibu bapa dan penjaga yang ada mana-mana anak kecil di rumah, mohon jangan terlalu awal nak manjakan mereka dengan gajet seperti handphone.

Biarlah mereka membuat perkara lain atau main permainan lain yang lebih berfaedah dan lebih sihat.

Dikatakan budak perempuan ini kerap bermain game dan permainan dari aplikasi dari playstore.

Sumber : sajage mpak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *