Semasa

Agong Perkenan Terima Kabinet Baru, PM Dikatakan Menamakan Ahli² Parlimen ini Sbg Menteri

SENARAI barisan Kabinet yang baharu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Khamis.

Menerusi posting facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz.

“Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu,” menurut kenyataan itu.

Sesi menghadap pada Khamis merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, kira-kira pukul 1.38 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau tiba di Istana Abdulaziz pada pukul 10.54 pagi Khamis, dan pertemuan itu berlangsung hampir tiga jam untuk mempersembahkan cadangan senarai barisan Kabinet.

Ismail Sabri melambai kepada pengamal media yang menunggu di luar istana, namun tidak memberikan sebarang komen.

Perdana Menteri yang baharu itu sepatutnya mempersembahkan senarai itu bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu.

Tetapi difahamkan ia ditangguhkan berikutan baginda berada di Kuantan.

Sesi menghadap yang pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai perdana menteri di Istana Negara, pada 21 Ogos lalu.

Ketika dihubungi, seorang sumber Umno berkata dia menjangkakan Ismail  menghadapi dilema untuk mengemukakan barisan kabinet baru.

Ia memandangkan semua parti yang menyokongnya menuntut agar mereka diberi portfolio yang sama.

“Bersatu dan PAS mahu kekalkan semua menteri dan timbalan menteri manakala Umno mahukan lebih banyak daripada yang diberikan oleh (bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin). Jadi, ia seperti status quo,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi juga menuntut lebih banyak jawatan menteri diberikan kepada kumpulannya.

Agong perkenan terima kabinet baru

Bagaimanapun, sumber itu menjangka akan berlaku perubahan bagi portfolio menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-Undang) yang sebelum ini disandang Takiyuddin Hassan.

Ini berikutan teguran Istana terhadap kenyataan Takiyuddin Hassan mengenai Ordinan Darurat sebelum ini.

Semasa pentadbiran Muhyiddin, Umno diperuntukkan sembilan jawatan menteri dan lapan jawatan timbalan menteri.

Dua bekas menteri – Noraini Ahmad dan Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan setelah Zahid dan 14 anggota parlimen menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, The Vibes melaporkan, usaha melobi pada saat-saat terakhir untuk mendapatkan jawatan kabinet masih berlangsung.

“PM akan serah senarai kabinetnya esok dan minta persetujuan Agong sebagai sebahagian daripada formaliti.

“Hanya setelah Agong beri perkenan, Ismail Sabri akan menghubungi calon-calon tersebut untuk memberitahu mereka mengenai jawatan masing-masing dan untuk memeriksa sama ada mereka mahu menerimanya.

Sekiranya ada yang menolak, akan ada senarai ganti bagi setiap jawatan,” kata sumber itu.

Sumber itu menjangka upacara mengangkat sumpah bagi menteri akan berlangsung pada Khamis dan Ismail akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya sebagai perdana menteri pada hari Jumaat.

Pada 23 Ogos, Ismail Sabri memaklumkan barisan kabinetnya akan diumumkan minggu ini.

Dia berkata senarai itu akan dikemukakan kepada Agong terlebih dahulu untuk mendapat perkenan baginda.

Jangan Ambil Tindakan Memakan Diri Sendiri

Ismail Sabri Yaakob akan mengambil pendekatan ‘bvnuh diri’ sekiranya melantik Azmin Ali sebagai timbalannya, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.

Menerusi hantaran di media sosial, Puad berkata imej Azmin telah tercemar sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ikut komen netizen sejak PN jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan performance (pencapaian). Melantik Azmin jadi TPM umpama bunuh diri,” katanya

Puad mengulas laporan Malaysiakini yang memetik sumber mengatakan ada “kemungkinan besar” Azmin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Dua sumber dalam Umno mendakwa Azmin mengugvt untuk menarik sokongan daripada kerajaan Ismail sekiranya dia tidak diberi jawatan itu.

Setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

Ismail Sabri, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan pada Sabtu lalu akan mengumumkan barisan kabinetnya minggu ini.

Mengulas lanjut, Puad berkata ada baiknya Azmin menafikan bahawa dia akan menarik sokongannya terhadap kerajaan baru sekiranya tidak dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri.

“Lagi pun nak ugut dan tarik sokongan bagaimana? Usul undi percaya di Parlimen pada 6 September 2021 akan datang sudah tidak relevan. Sudah tidak perlu.

“Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri secara demokratik dan ikut perlembagaan. Maka Ismail Sabri tidak perlu takut dengan ugutan,” katanya.

Kata Puad, sesiapa yang mahu menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri kerana isu jawatan, mereka akan dilihat sebagai “budak jahat”.

“Eloklah kosongkan jawatan TPM. Checkmate kepada tukang lobi dan yang berebut jawatan tersebut,” katanya.

Azmin yang merupakan ahli parlimen Gombak adalah salah seorang daripada tiga pemimpin Bersatu yang disebut-sebut akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Dua pemimpin yang lain adalah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan ahli majlis tertinggi parti itu, Redzuan Mohd Yusof.

Selain itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga melobi untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri kedua.

Utamakan Kestabilan Negara – Gabung Bersama Pembangkang

Sebelum ini, Ismail Sabri telah mengajak pemimpin politik tanpa mengira latar belakang ideologi supaya mencari persamaan dan tidak lagi menggali perbezaan.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan.”

Agong perkenan terima kabinet baru

Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan ‘keluarga Malaysia’ kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif.

Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung petang ini.

Katanya, konsep ‘keluarga Malaysia’ diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Dalam ucapan itu juga, Ismail menawarkan kepada pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Cvd-19.

Katanya, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata dia sedar akan kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam akibat wabak Cvd-19.”

Agong perkenan terima kabinet baru

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan, dan bukan sedikit yang telah dibuang kerja.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah.

“Oleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini,” katanya.

Peralihan kerajaan, pertukaran PM rugikan negara

Ismail Sabri Yaakob juga mengaku pergolakan politik yang menyaksikan siri peralihan kuasa berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) lalu hanya merugikan rakyat dan negara.

Menyorot kembali tempoh sepenggal selepas PRU ke-14, katanya, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum terbubarnya parlimen, negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua perdana menteri.

Agong perkenan terima kabinet baru

“Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara,”

Katanya ketika menyampaikan ucapan pertama selepas dilantik menerajui negara, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan bagi menggantikan posisi Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti.

Sehubungan itu, Ismail menyeru agar segala perebutan kuasa dileraikan.

“Marilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.

“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini,” ujarnya.

Tambahnya, Yang di-Pertuan Agong dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Sebagai rekod pada PRU ke-14 lalu Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan selepas berjaya menumbangkan kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka lebih 60 tahun lalu.

Bagaimanapun kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu bertahan selama 22 bulan selepas sebahagian anggota Parlimen Bersatu dan PKR berpaling tadah.

Ini dengan meninggalkan PH sekali gus menumbangkan gabungan tersebut dari kuasa.

Peralihan kuasa melalui Langkah Sheraton itu kemudiannya mengangkat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri dengan sokongan anggota Parlimen BN dan PAS.

Bagaimanapun pentadbiran Perikatan Nasional itu bertahan hanya 18 bulan apabila Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di parlimen.

Ia sekali gus mendorongnya meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Malaysia sekali lagi mendapat perdana menteri baru tanpa PRU pada semalam dengan terpilihnya Ismail Sabri sebagai pengganti.

Tawar Pembangkang Kerjasama Tangani Cvd

Ahli politik pembangkang hari ini ditawarkan ruang bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani pandemik Cvd-19 yang masih membelenggu negara.

Menurut perdana menteri kerajaan menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani cvd-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana.

Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan,” katanya dalam ucapan rasmi pertamanya sebagai perdana menteri petang ini.

Ismail Sabri berkata kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Oleh itu katanya kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk lah mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Cvd-19,” katanya.

Menurut ahli parlimen Bera itu dia akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.

“Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan,” katanya

Ini Respon Najib Razak

“Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.”

Agong perkenan terima kabinet baru

“PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

Kita maju jaya bersama.”

Bersatu Serah Kepada PM Tentukan Halatuju

Ahli Jawatankuasa Pusat Bersatu, Faiz Na’aman memberitahu Malaysiakini bahawa semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu malam tadi.

Ia tidak dibincangkan mengenai nama yang akan dicadangkan oleh parti itu untuk jawatan Kabinet.

“Tidak benar bahawa Bersatu ingin dikecualikan dari kabinet, tetapi kami tidak menyebut nama mereka yang akan terlibat dalam kabinet.

“Majlis Tertinggi memutuskan untuk menyerahkan perkara itu kepada presiden parti untuk berbincang dengan perdana menteri (Ismail) kerana ini adalah hak prerogatif PM,” kata Faiz.

Spekulasi timbul sebelum ini mengenai apakah Muhyiddin sendiri akan terlibat dalam kabinet dengan memegang jawatan menteri mentor, atau apakah Bersatu akan diberi jawatan timbalan perdana menteri.

Selain Muhyiddin, pemimpin Bersatu yang sebelum ini menganggotai kabinet adalah Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri), Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Md Redzuan Yusof (Menteri Tugas-tugas Khas).

Selain itu, Radzi Jidin (Menteri Pendidikan), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Saifuddin Abdullah (Menteri Multimedia dan Komunikasi), Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Abdul Latif Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Muhyiddin digulingkan setelah 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan kepada kerajaan gabungannya yang terdiri daripada PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, PRS, PDP SUPP), PBS dan ahli parlimen bebas.

Namun, 14 daripada 15 ahli parlimen Umno kembali menyokong PN setelah disepakati bahawa Ismail Sabri akan mengambil alih jawatan perdana menteri dengan sokongan 114 ahli parlimen.

Ismail Sabri, 61, adalah timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Muhyiddin dan akan menghadapi cabaran memerangi wabak Cvd-19 yang telah menyaksikan 13,936 kematian setakat ini.

Dia juga menggalas beban menerajui usaha memulihkan ekonomi.

mKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *