Semasa

Tak Puas Hati Bila Cukup 2 Dos Vksin Baru Boleh Masuk Msjid, Suhaimi Saad Tempelak Kerajaan

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi.

Ini kerana pendirian anti vksin dan pernah membuang ubat hospital.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi mempersoalkan adakah vksin ini Tuhan sehinggakan untuk masuk ke masjid memerlukan dua dos vksin.

“Vksin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah.

Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) milik siapa dan turut disertakan dengan hashtag dajjjjal.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Suhaimi memuat naik status bahawa vksin tidak diwajibkan, namun segala aktiviti seperti ke masjid memerlukan dua dos vksin.

Jelasnya lagi, dia percaya kepada kekuasaan Allah dan tidak akan patuh kepada kerajaan yang zaIim.

Katanya lagi, dia tidak kisah jika tidak dibenarkan melakukan apa sahaja yang memerlukan dua dos vksin.

“Tak wajibkan vksin, tapi itu tak boleh ini tak boleh. Rentas negeri tak boleh, haji umrah tak boleh, solat jumaat tak boleh, semua kena dua dos dulu. Ada aku kisah,” katanya.

Tinggalkan Wasiat

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi memuat naik wajahnya dan wasiat gambarnya untuk digunakan sekiranya dia tiada suatu hari nanti.

Besar sangat ke vksin ni

“Nampaknya hari kematian ss semakin mendekat. MasyaAllah. So nak la sampaikan sikit wasiat. kat sini ada 3 keping gambar.

“Pilih la salah satu untuk buat hebahan tentang kematian ss nanti. Jangan guna gambar sufian suhaimi atau remy pulak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut meminta agar peminatnya membacakan doa seperti yang ditulis di perkongsian tersebut.

“Lagi satu, tak perlu tulis Alhamdulillah. Tu bahasa bumi datar. Cukup inna lillahi wa inna ilayhi ro ji’uun.

Lepas tu hadiahkanlah doa ni. Allahummagh fir suhaimi saad warhamhu wa ‘a fihi wa’fu ‘anh,” tulisnya.

Pada perkongsian itu juga, Suhaimi turut menghalalkan hutang individu lain padanya dan seandianya ada yang masih berhutang boleh menghubungi isterinya, Ina Naim.

Kata Suahimi lagi, jika dia sudah meninggal nanti, berhentilah mengecam dirinya serta menasihati pengikutnya supaya tidak mengikut contoh tidak baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

“Bermula saat tu, stop la kecam,kutuk atau fitnah SS lagi. Jangan ikut perkara atau contoh yang tak baik,ok.

“Mudah mudahan kematian ss nanti akan bagi banyak kebaikan dan keinsafan pada seluruh ummat khususnya rakyat malaysia,” tulisnya.

Netizen Hadiahkan Kapak

Baru-baru ini Suhaimi Saad juga audah mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.

Malah, Suhaimi juga memaklumkan dia baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa.

Susulan pengumumannya itu, seorang netizen memuat naik posting mahu menghadiahkan Suhaimi dua bilah kapak sebagai tanda sokongan.

Besar sangat ke vksin ni

Perkongsian netizen itu mendapat perhatian Suhaimi yang mengucapkan terima kasih serta mahu membalas dengan memberikan dua batu nisan kepada individu tersebut.

Terdahulu, Suhaimi turut meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu In-Team ketika sesi Live.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *