Hiburan

“Kau nk melaram ke nk tutup aurat..” Dikecam Netizen Sbb Melawa, Jawapan Izara Aishah Menghiburkan

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian apabila tampil bertudung labuh di Instagramnya (IG).

Penampilan terbaharu Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, itu dikongsikannya dalam beberapa keping gambar yang dipaparkan di platform tersebut baru-baru ini.

Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen bagi perkongsiannya itu.

Selain itu juga, timbul persoalan apabila pelakon filem Pilot Cafe ini turut bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di IG.

Izara aishah tak pedulikan komen

Aktres jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Izara aishah tak pedulikan komenIzara aishah tak pedulikan komen

Biarpun tidak mengumumkan tentang penampilan terbaru namun pelakon Izara Aishah kerap kali berkongsi gambarnya dengan imej bertudung.

Izara aishah tak pedulikan komen Izara aishah tak pedulikan komen

Terbaru, Izara, 29, mempersoalkan sama ada haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman media sosial.

Izara aishah tak pedulikan komen

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin menyatakan dia bersedia untuk memadam semua platform sekiranya ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

“Maaf ada yang kata berkongsi gambar diri sendiri di media sosial adalah haram. Tolong tunjukkan bukti. Saya akan padam semua platform dan berhenti kemas kini.”

Izara aishah tak pedulikan komen

Untuk mendapatkan kepastian, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyuarakan soalan itu kepada seorang ustazah.

“Dah tanya ustazah. Tak haram pun lah. Just beware of evil eyes.”

Izara aishah tak pedulikan komen

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Adib Khalid mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan penghijrahan yang sedang dilakukannya.

“Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua!

Jangan serius sangat.. Terima kasih kepada yang bagi kata semangat, yang selalu positif dan sangka baik.”

Izara aishah tak pedulikan komen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut setia menasihati pelakon filem J Revolusi agar menghiraukan komen-komen negatif selain mendoakan agar kekal istiqamah.

Terdahulu, Izara mengejutkan ramai orang apabila tampil dengan imej bertudung labuh di Instagram (IG) miliknya.

Di samping itu, dia turut memadam semua foto lama yang ‘freehair’.

Sebelum ini, Izara Aishah berasa hairan apabila semakin ramai instafamous yang membanjiri kebanyakan program di kaca televisyen masa kini.

Izara aishah tak pedulikan komen

Soal Izara, adakah kemunculan mendadak kelompok terbabit disebabkan keadaan mendesak sesetengah stesen televisyen tempatan kerana pandemik COVD-19.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?” ciap Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.

Izara aishah tak pedulikan komen

Tambah Izara lagi, situasi semasa kemunculan kelompok Instafamous di kaca televisyen sedikit sebanyak mencalarkan reputasi artis yang betul-betul punyai bakat dan komited dalam dunia seni.

“Ada sesetengah daripada mereka tidak minat pun nak berlakon. Pada waktu saya, kami perlu melalui ujibakat.

“Keghairahan kami itu membuatkan kami mahu menjadi pelakon. Kami belajar seni untuk masuk ke dalam industri.

“Usaha yang kami lakukan itu tidak sama seperti apa yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Izara aishah tak pedulikan komen

Status pelakon filem Sejoli itu mengundang pelbagai reaksi netizen sekali gus menyuarakan kekesalan terhadap situasi terbabit.

Ada yang menganggap stesen televisyen sudah tidak mampu lagu membayar artis yang sudah punyai nama dalam indsutri.

Malah, ada yang berpendapat stesen televisyen mengupah Instafamous disebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial sekali gus menarik perhatian untuk pihak lain membeli iklan.

“Sebab nak bayar pelakon yang dah ada nama mahal sangat dan tak semua produksi mampu dan kalau boleh lagi la nak cut cost.

Jadi satu cara adalah upah Instafamous. Kayu pun, kayu la janji duit masyuk. Sebab itu la drama dan filem malaysia susah nak maju.

“Mereka upah Instafamous mungkin sebab pengikut di laman sosial lebih 500,000. Jadi, mereka fikir mungkin pengikut itu akan menonton.

Lakonan yang lemah? Asalkan dapat perhatian. Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perhatian. Penghayatan yang kurang? Asalkan dapat perhatian.

“Lebih ramai pengikut di laman sosial, lebih banyak jumlah tontonan dapat tarik banyak iklan dan stesen TV dapat duit daripada iklan dan tajaan. #Business,” komen beberapa pengikut.

Izara aishah tak pedulikan komen

Sumber: Twitter, IG @IzaraAishah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *