Info

Caprice Akan Balik Ke Malaysia, Mengejutkan Ini Perkara Pertama Dia Akan Lakukan

Selepas hampir dua bulan berada di Mesir berikutan tidak dapat memasuki Gaza, Palestin, penyanyi rap Caprice seolah memberi bayangan akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat.

Ini mungkin kerana berlaku perubahan dalam pentadbiran dalam kerajaan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Caprice mendedahkan ada seorang netizen menguguut dan akan terus di mengecam sehingga berasakan mahu membvnuh diri.

Caprice mendedahkan perkara tersebut melalui muat naik status dalam Instagram sebelum ini.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi pelantun lagu Lenglui itu, pengguna Instagram berkenaan menulis: “Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bvnuh diri. Lagi bagus m4ti lagi baik.

“Kaya tak semestinya kau boleh buat semua benda bro. Ingat, ramai yang memerhati. Takut tak sempat mengucap balik Malaysia nanti. Jaga-jaga.”

Barangkali tersentak dengan ugvtan tersebut, Caprice memberikan dua pilihan kepada individu terbabit, sama ada melibatkan pihak berkuasa atau menggunakan cara kasar.

“Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar?

Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah,” tulis Caprice.

Bagaimanapun, selepas didedahkan Caprice, akaun Instagam tersebut kini sudah ditukar kepada tetapan ‘private’ (peribadi).

Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara.

Ini apabila memburukkan nama Malaysia dengan tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.

Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan.

Tak Mahu Pening-Pening

Menerusi satu perkongsian di Instagram, bagaimanapun Caprice berkata dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan berkaitan misinya itu.

memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini

“Saya benci bila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak?

“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” katanya.

memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini memberi bayangan akan balik sini

Difahamkan, Caprice mengatakan sedemikian apabila ditanya netizen adakah dia akan mengotakan janjinya untuk balik ke Malaysia jika kerajaan sudah bertukar.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian lain, Caprice memaklumkan dia dalam proses menyiapkan lagu kolaborasi dengan artis di negara tersebut.

“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Caprice menjadi perhatian seolah dihimpit masalah serius apabila memaklumkan menerima banyak ugutan sehingga ahli organisasi gelap muncul di hotel tempatnya.

Harap Hishamudin Jadi PM

Caprice meramalkan Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menjadi Perdana Menteri ke-9 menggantikan Muhyiddin Yassin.

memberi bayangan akan balik sini

Sementara itu, dalam satu video, Caprice berkata ia hanyalah ramalannya dan pilihannya.

Dalam pada itu, Caprice turut memilih Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi pemimpin negara.

“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya.

Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.

“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini, dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin.

Sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri,” katanya.

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *