Hiburan

Lelaki ini Kongsi Video Cara Berjimat Dgn Bekukan Sebiji Telur Bikin Netizen Ketawa

PERANCANGAN kewangan yang bijak selain berbelanja mengikut keperluan amat penting dalam menghadapi situasi pandemik Cvd-19 berikutan ramai yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Salam situasi negara yang dikejutkan dengan wabak Cvd-19, banyak syarikat yang tidak boleh beroperasi seperti sedia kala.

Ia sekali gus menyebabkan pendapatan terjejas, malah mungkin di antara mereka yang sudah hilang pekerjaan.

Justeru itu, tidak kira golongan berada atau pertengahan, mereka perlu mengubah gaya hidup yang bersederhana.

Dan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak kerana keperluan adalah perkara penting untuk kita meneruskan kehidupan.

Ketika PKP diumumkan, terdapat pembelian panik menyebabkan ada di antara mereka yang membeli bukan mengikut keperluan.

Sebaliknya kehendak semata-mata dan menjurus kepada pembaziran.

Namun berlainan dengan apa yang seorang lelaki ini kongsikan di lama Tiktok dia.

Berjimat Cermat Dengan Sebiji Telur

Tak tercapai akal kami untuk berjimat seperti lelaki dalam video ini. Memang masa belajar dulu pun ada hari yang tak cukup duit tapi idea ini lain macam betul.

Dalam satu perkongsian di TikTok tersebut, seorang lelaki telah bertindak menyimpan sebiji telur ayam di dalam tempat sejuk beku selama 24 jam.

Setelah telur tersebut beku, dia kemudiannya mengupas telur tersebut selain turut memotongnya kepada empat bahagian.

Tertunggu-tunggu apa tindakan selepas memotong empat bahagian telur tersebut, rupa-rupanya ia boleh digoreng satu persatu. Nampak macam tak logik bukan, tapi itulah dia.

Menjengah ke ruang komen pula, ramai yang terkejut dengan cara ‘berjimat’ lelaki berkenaan malah ada juga menyarankan tips lain untuk berjimat secara ekstrem tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali.

Ini baru betul berjimat cermat

Peti ais takde, baik beli ikan bilis. Boleh tahan setahun

Tonton Video

Adakah anda juga pernah berjimat seperti ini? Share sikit apa cara paling nak berjimat masa belajar dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *