Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal serta kecewa dengan sikap segelintir netizen.
Ada yang dilihat memberikan komen negatif terhadap permergian arwah Siti Sarah yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covd-19, pada jam 5.13 pagi Isnin.
Pada masa sama, Jasmin turut berasa sedih apabila perkara tersebut berlaku dan menyifatkan tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan terutama bagi yang beragama Islam.
“MOHON JAGA LISAN! Semuanya akan DI HISAB! Fahami caption saya! NAUZUBILLAH..
Saya merasa AMAT SEDIH dan TERASA dengan kehilangan sahabat saya dan saya amat terkejut bila baca komen sebegini
“Ini adalah kehilangan yang amat besar buat buat suami arwah ,anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang sedang menjalani UJIAN ALLAH ini..
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka sekarang.
“Satu dunia sedang berperang dengan WABAK COVID dan di rundung KESEDIHAN. Ramai yang telah di jemput pulang menemui penciptaNYA..
“MOHON agar LISAN sebegini jadikan ini sebagai IKTIBAR supaya kita tidak terus LALAI dan HANYUT.
Jagalah AKHLAK,LISAN dan AMAL IBADAT kita..
Supaya ALLAH berikan kita HUSNUL KHATIMAH dan di tempatkan di syurgaNYA tanpa HISAB..,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu menasihati kepada orang ramai untuk menjaga pertuturan serta penulisan di laman media sosial.
Selain itu, pelakon berusia 46 tahun berharap agar orang ramai untuk menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
“Kita sebagai umat Muslimin dan Muslimat seharusnya sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan untuk ahli keluarga.
Dan semua manusia supaya ia akan berbalik kepada kita yang mendoakan kebaikan..Kita TAK BOLEH menghukum sesama manusia..
“Ini adalah salah satu SEBAB kenapa Allah turunkan WABAK dan AZAB yang lebih PEDIH untuk semua makhluknya kerana masih ada yang LALAI dan tidak kembali bersujud kepadaNya
“Masih ramai makhlukNya bertikam lidah antara satu sama lain terutama umat Muslimin dan Muslimat
“Mohon Allah ampunkan segala dosa dan berikan pengakhiran hidup yang baik buat yang MENULIS KOMEN tersebut dan seluruh UMAT MUSLIMIN dan MUSLIMAT…Aamiin..
“Kak, 39 tu Takkan Buat Sy Bangkrap Kak..”
“Arwh Siti Sarah memang orang yang sangat balk hati, pemurah, periang dan balk akhlaknya.
“Hilang saya seorang kawan yang sama tarikh birthday. Tiada ungkapan selain dari doa buat arwah. Amat terasa kehilangannya.
“Setiap kali dengar dan nampak berita arwah, hati saya kembali sebak.
“Syukur alhamdulillah, saya masih simpan pemberian arwah sebagai kenangan saya,” katanya.
Menerusi posting berkenaan, Jasmin memuat naik gambar tangkap Iayar atau `screenshoot perbualan mengenai pembelian produk kosmetik milik Sarah.
Biarpun mahu membeli produk berkenaan, namun Sarah tetap berkeras untuk memberikannya secara percuma.
Sekadar info, awal pagi Isnin, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Sarah bagi je, kak 39 tak bankrap, akak doa je sarah,” kata arwah kepada Jasmin..
Shuib Terkejut Anak Akak ni Bermimpikan Siti Sarah
Di dalam satu potongan video daripada sesi online meet ketika bacaan Yassin, Shuib telah menceritakan bagaimana seorang kanak kanak yang tidak pernah mengenali arwahh Siti Sarah berjumpa di dalam mimpi.
Menurut Shuib, ibu kepada kanak kanak tersebut memberitahu dia dikejutkan anak lebih kurang jam 4 pagi.
Anak memberitahu dia bermimpi tiba di sebuah tempat yang sangat cantik.
Di dalam mimpi itu, dia ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi.
Kelihatannya seperti perempuan itu baru sahaja sampai kerana keadaannya yang terpinga-pinga melihat sekeliling.
Tidak lama kemudian, si anak melihat perempuan itu diserbu ramai kanak-kanak. Wajah kanak-kanak itu kelihatan seperti anak-anak Palestin.
Si anak ada bertanyakan nama perempuan itu dan dia menjawab namanya ‘Sarah’.
Mereka kemudiannya berjalan melihat keindahan tempat tersebut. Kata si anak, keadaan di situ sangat seronok dan mereka ada minum susu.
Selepas menceritakan mimpi itu, si anak bertanyakan ibunya adakah dia mengenali ‘Sarah’.
Si ibu kemudiannya menunjukkan foto Siti Sarah melalui hasil carian di Youtube.
Selepas ditunjukkan kepada anak, si anak mengakui itulah perempuan yang ditemukannya di dalam mimpi.
Menurut Shuib, dia sendiri tidak pasti sama ada kisah mimpi itu benar ataupun tidak.
Namun, dia masih lagi menyimpan pesanan suara yang dihantar individu itu kepadanya.
Siti Sarah Satu Dalam 1000
PEMERGIAN Siti Sarah Raisuddin membuka 1,001 kisah mengenai kebaikan Allahyarham yang selama ini mungkin tidak diketahui ramai.
Siti Sarah sebenarnya suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Ini terbukti selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai.
Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya.
Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terharu.
Sumber : gem pak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih