Hiburan

Ini Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat Selamanya

Berita sayu diterima pagi ini apabila penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggI dnia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

” Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggI dnia jam 5.13 pagi HUKM.

” Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hspital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) hospital itu selepas tahap oksig.en menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan

bagi mengeluarkan bayi dalam kndungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan po.sitif COVlD-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Rakan-Rakan Artis Mengucap Takziah

Ini Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat SelamanyaIni Luahan Shuib Selepas Bidadari Tercinta Pergi Buat Selamanya

Status Shuib

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Shuib mengesahkan perkara itu apabila memaklumkan berkenaan pemrgian isteri tercinta pada pukul 5.13 pagi ini.

” 5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..” tulis Shuib.

Rata-rata rakan artis mendoakan Siti Sarah dan mendoakan agar Shuib bertabah dengan ujian ini.

Sekilas info Siti Sarah

Lahir pada 15 September 1984, Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”.

Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik.

Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3.

Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga.

Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak).

Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Sumber:hmetro dan IG shuib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *