Bantuan Kerajaan

Bantuan Sehingga RM 1,000 One-Off Melalui Program iSejahtera, Semua yg Layak Boleh Memohon

Program Penghargaan Warga Emas menerusi iSejahtera ini adalah inisiatif sumbangan penghargan yang dijalankan oleh negeri Pulau Pinang.

Ini dengan memberi bantuan wang sebanyak RM150 setahun secara one off.

 Manakala, bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris warga emas berkenaan.

Menerusi program iSejahtetra ini juga, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas juga akan diberikan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun secara one off.

Dan, sumbangan bagi golongan kurang upaya (OKU) juga turut dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun secara one off.

Bagi golongan Ibu Tunggal atau OKU yang meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris mereka.

Syarat Permohonan Program Penghargaan Warga Emas

Berikut merupakan syarat permohonan bagi bantuan penghargaan warga emas ;

  1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Pendaftaran Bantuan iSejahtera Warga Emas

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR.

Dan pemohon diminta untuk kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan secara online pula, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.

Antara dokumen yang diperlukan adalah :

1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon.

2) Salinan Kad Pengenalan Waris.

3) Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.

4) Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Klik Disini Untuk Cetak Dokumen SPR

Semakan Pendaftaran

Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja).

Namun, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://isejahtera.penang.gov.my/ ATAU boleh hubungi Pejabat Daerah yang berkaitan.

Memohon Melalui JKM

Semenatara itu, Orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

Perkara ini turut dibentangkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua.

Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Sehingga RM 1,000 One-Off Melalui Program iSejahtera, Semua yg Layak Boleh Memohon

Syarat Kelayakan

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut ;

1) Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia

2) Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas

3) Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa

4) Warga emas yang bukan tinggal di :
i) Institusi kendalian JKM, ATAU
ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

5) Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu ;

1) Layari portal rasmi jkm.gov.my

2) Klik pada butang Daftar Permohonan

3) Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan

4) Setelah selesai, klik butang Daftar

5) Dalam tempoh 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran berdasarkan senarai berikut mengikut kawasan masing-masing di portal rasmi ini www.jkm.gov.my

6) Bawa bersama dokumen yang diperlukan

Dokumen Yang Diperlukan adalah…

Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa bersama ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat ;

1) Salinan kad pengenalan diri pemohon

2) Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama

3) Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama

4) Salinan penyata gaji *jika ada*

5) Lain-lain dokumen yang berkaitan

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh lah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 ATAU terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber : KPWKMi, sejahterapenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *