Semasa

Video: Dtg Sorang Diri, Gadis Minta Tolong ‘Pakcik Mana Tah’ Rakamkan Video di PPV, Tapi Lain lak yg Jadi

Menghadiri temujanji suntikan v4ksin di Pusat Pemberian V4ksin adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Pasti ramai golongan muda ingin dokumentasikan dalam rakaman mahupun foto.

Setelah selesai mendapatkan v4ksin juga orang ramai diberi peluang untuk bergambar di prop latar belakang yang disediakan.

Dan kebanyakannya akan saling meminta tolong pengunjung lain untuk mengambilkan gambar mereka.

Seperti seorang gadis ini pula, walaupun hanya menghasilkan video yang ringkas untuk menunjukkan dia telah hadir ke PPV untuk mendapatkan dos kedua v4ksin.

Namun hasil videonya itu tular dan mencuit hati ramai

HAHAHAHA ni paling tak reti malu! She wanted to make a vaccine journey video tapi takde orang nak recordkan so dia bantai je mintak tolong pakcik mana tah

Apa tidaknya, kerana hanya datang seorang diri, gadis berkenaan terpaksa memikirkan cara untuk merakam video dengan kreatif.

Jadi dia akhirnya membuat keputusan untuk meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenali.

Dalam video oleh gadis yang dikenali sebagai Tasha itu, dia dilihat memberikan arahan kepada seorang pakcik untuk merakam dirinya melambai kad v4ksin.

Pakcik yang tidak dikenali itu menuruti arahannya dan berundur sambil memegang kamera, walaupun kelihatan seperti tidak pasti apa yang dilakukannya.

Gadis tersebut kemudian mengucapkan terima kasih atas pertolongan pakcik itu, dan ternyata interaksi mereka membuat netizen terhibur.

“Alaaaa apa comey sangat ni dua2!!!

Aku nk mintak tolong amek kan gamba pun segan apatah lagi video. Yg tolong amek gamba pun kadang2 herot la blur la.”

“mahu sampai rumah pakcik tu bawa…”

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Kebelakang kebelakang, mahu sampai rumah pakcik tu bawa balik. Btw cute doh!”

“Lepas ni ramai org cari pakcik ni utk buat video…”

“Habis lah lepas ni ramai org cari pakcik ni utk buat video. Get ready pakcik”

Tonton Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *