Hiburan

Video: Beberapa Kali Betulkan, Pembaca Berita Tersasul Sebut Satu Perkataan Buat Netizen Terhibur

Setiap jam 8 malam, pasti ramai yang akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton Buletin Utama di TV3.

Lebih-lebih untuk mendapat mengetahui perkembangan terkini berkaitan Cvid-19.

Bukan mudah untuk menjadi pembaca berita kerana memerlukan persedian rapi apatah lagi berita disiarkan secara langsung.

Namun, meskipun sudah membuat persediaan yang cukup tidak mustahil berlaku kesilapan yang tidak dijangka seeprti tersasul menyebut perkataan.

Seperti yang berlaku kepada pembaca berita Buletin Utama malam tadi, Norliza Mohd Zain yang menghadapi kesukaran menyebut perkataan ‘Solidariti’.

Namun selepas kali cuba membetulkan, akhirnya mampu menyebut perkataan tersebut dengan baik sebelum meneruskan pembacaan seperti biasa.

Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok yang terhibur dengan kesusahan dihadapi pembaca berita tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Memang susah sebut tu

Ramai yg gagal juga sebenarnya nk sebut

Terbelit lidah

Lucu lucu je pembaca berita sekarang

Perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui sukar menyebut perkataan berkenaan dan pasti akan melakukan kesilapan sama.

Tonton Video

Apa yang pasti, tindakan pembaca berita itu seharusnya dipuji kerana dilihat tetap tenang membetulkan sebutan beberapa kali.

 

SUMBER: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *