Bantuan Kerajaan

Kerajaan Akan Bantu Shg Hujung Tahun, dan Tmbahan Rm500 Pula Akan Terus Dimasukkan Ke Akaun Bank Untuk Semua Golongan ini

Kuala Lumpur: Sepanjang krisis Covid-19, kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas yang membabitkan peruntukan sejumlah RM16.7 bilion untuk keseluruhan tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, baki peruntukkan bantuan untuk diberi kepada rakyat sehingga akhir Disember tahun ini adalah RM8.1 bilion.

Beliau berkata, pelbagai bantuan dalam proses pelaksanaan termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) RM4.5 bilion serta Bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1.25 bilion.

“Alhamdulillah inisiatif baharu kerajaan mendapat sambutan baik.

Contohnya Jaringan Prihatin yang dilancarkan Mei lalu di mana setakat ini RM1.75 bilion diluluskan termasuk lebih 500,000 orang mendapat telefon pintar baharu.

Di samping itu program e-Belia dilancarkan pada Jun sudah memanfaatkan 1.9 juta belia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kelangsungan perniagaan ketika berdepan Covid-19 menerusi inisiatif untuk sektor perniagaan.

Menurutnya, kerajaan memberi bantuan tunai kepada sektor perniagaan bagi tahun 2021 dengan jumlah diperuntukkan RM14.1 bilion.

“Bantuan ini belum berakhir. Sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan terima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung Jun dan Julai.

Jun ini akan menerima RM1,000 dan Julai ini akan menerima RM500. Selain itu untuk peruntukan subsidi upah masih ada baki RM6 bilion untuk disalurkan kerajaan untuk menjamin bayaran gaji kepada 2.7 juta pekerja.

Dengan kata lain, kerajaan menampung dan membayar gaji rakyat yang terkesan seramai 2.7 juta pekerja, kerajaan secara langsung menolong dengan membayar gaji kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, selaras dengan pembukaan secara beransur-ansur ekonomi maka tumpuan diberi kepada program pinjaman mikro untuk PKS memulakan semula perniagaan.

Selain bantuan langsung secara tunai, katanya, ada bantuan tidak langsung dengan kadar subsidi diunjur mencecah RM15.5 bilion tahun ini berbanding perbelanjaan RM9 bilion tahun lalu.

“Dengan kenaikan harga minyak global, kerajaan sudah memastikan impak kenaikan terhadap kos sara hidup rakyat dihadkan.

Antara inisiatif kerajaan termasuk menetapkan harga siling runcit RON95 pada aras RM2.05 per liter serta subsidi satu kilogram minyak masak pada harga RM2.50.

Secara keseluruhan bagi bulan Januari hingga Mei, kerajaan menanggung perbelanjaan berjumlah RM4 bilion dari segi peruntukan subsidi tahun ini,” katanya.

Mengenai moratorium, katanya, golongan B40 memang dapat kemudahan itu sama ada mereka hilang pekerjaan atau tak hilang pekerjaan pun jika mereka memohon mereka akan mendapat kelulusan automatik.

Golongan M40 dan T20 yang hilang pekerjaan, yang pendapatannya terjejas atau pun yang bekerja tanpa gaji, mereka juga dapat kelulusan automatik jika memohon.

“Namun ramai juga yang masih lagi tak terkesan, mereka tidak boleh dapat kemudahan moratorium,” katanya.

Menurutnya, kerajaan bersama bank bersetuju membantu PKS mikro di mana pinjamannya kurang daripada RM150,000 turut mendapat kelulusan automatik moratorium.

Begitu juga, katanya, moratorium automatik diberi untuk PKS yang terkesan sebab di bawah senarai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak boleh beroperasi.

BANTUAN TAMBAHAN RM 500 ONE OFF

Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 b.ilion ringgit kepada 2.4 j.uta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut.

Bantuan tunai secara one-off RM 500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan.

Dan bayaran tambahan RM 500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM 1,000 dan ke bawah.

GOLONGAN YANG LAYAK

Golongan yang layak menerima bantuan RM 500 secara one-off adalah terdiri daripada.Individu kehilangan kerja.

Golongan rentan dan kurang upaya, penerima BPR pendapatan RM 1,000 dan ke bawah serta bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 500

Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM 500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada mulai Jun 2021.

PERMOHONAN TAMBAHAN RM 500

Untuk makluman anda, bantuan RM 500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO.

Untuk individu berstatus b.ankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.

Kerajaan Akan Bantu Shg Hujung Tahun, dan Tmbahan Rm500 Pula Akan Terus Dimasukkan Ke Akaun Bank Untuk Semua Golongan ini

Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir k.es mereka.

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.

BPR PEMERKASA Plus

Seperti mana yang diketahui umum, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Kerajaan Akan Bantu Shg Hujung Tahun, dan Tmbahan Rm500 Pula Akan Terus Dimasukkan Ke Akaun Bank Untuk Semua Golongan ini

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus.

Ini untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan.

Menerusi PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan
  • Di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.

Tarikh Pembayaran

Setakat ini, pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.

Jumlah Pembayaran

Jumlah pembayaran yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:

  • Jumlah Bayaran Kategori/Pendapatan Bulanan
  • RM500 Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
  • RM300 Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000
  • RM100 Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas
    dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • RM100 Individu bujang berumur 59 tahun dan ke
    bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah

Permohonan Baharu

Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka bagi BPR Tambahan ini.

Ini kerana, penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 secara automatik layak menerima BPR ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.

Bagi penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan status BPR, orang ramai diminta mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.
  • Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  • Isikan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  • Klik bahagian semakan status.
  • Keputusan status dipaparkan.
  • Permohonan Rayuan
  • Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima
  • BPR Tambahan dengan syarat membuat rayuan.

Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Jika permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan.
Pertanyaan Lanjut

Nama Ditukar ke Mahiaddin

KAKITANGAN di Pejabat Perdana Menteri telah diarahkan untuk menggunakan nama sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam semua dokumen formal atau rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlvk4n tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya.

Iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau “Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.

Surat pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan, arahan ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

Mahiaddin adalah nama yang diberi kepada perdana menteri tersebut namun dia lebih dikenali sebagai Muhyiddin.

Pada bulan April, m4hk4mah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah,

kerana itu bukanlah nama sebenarnya. Lelaki itu sepatutnya ditahan selama dua tahun di pusat pemulihan Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, m4hk4mah memutuskan bahawa menteri-menteri yang menjalankan fungsi rasmi mestilah menggunakan nama seperti yang dinyatakan dalam MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan

Mahiaddin adalah nama yang diberi kepada perdana menteri tersebut namun dia lebih dikenali sebagai Muhyiddin.

Pada bulan April, mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya.

Lelaki itu sepatutnya ditahan selama dua tahun di pusat pemulihan Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa menteri-menteri yang menjalankan fungsi rasmi mestilah menggunakan nama seperti yang dinyatakan dalam MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *